Tuesday, 7 August 2012

Perasaan Menimba Ilmu di IPT


Sekarang saya berada di Politeknik Seberang Perai untuk melanjutkan pelajaran saya . Saya merasakan bahawa sambung belajar merupakan perkara yang membosankan pada mulanya..Tapi sebenarnya tangkapan saya salah . Apabila saya sudah mula kenal dengan kawan-kawan saya mula merasa yang kehidupan di Politeknik tidak terlalu membosankan.

Apabila kelas bermula saya mula mengenali pensyarah yang baik, tidak menunjukkan sikap tidak suka kepada pelajar . Saya berasa amat selesa untuk belajar di Politeknik . Kini setiap waktu digunakan untuk menyiapkan tugasan yang diberikan.. Masa untuk bermain dikurangkan .

Gambar diatas semasa didalam kelas 'Computer Applications' . Ia menunjukkan bahawa perasan gembira untuk belajar sentiasa ada dalam diri saya... 

sampai sini saja yang dapat saya gambarkan betapa seronoknya belajar di Politeknik Seberang Perai . Kepada semua kawan-kawan , ayuh sama-sama kita mengejar matlamat kita untuk berjaya . 

Sekian . Assalammualaikum .